Punca Payudara Kendur

PUNCA PAYUDARA KENDUR


Ermmm....bila sebut jer hal ni ramai wanita2 kt luar sana yg mengeluh kan??? Ada yg open minded dan boleh berbincang ttg perkara ni. Tapi tak ramai wanita2 cm2. Kebanyakannya MALU....Setuju x apa yg Akmar ckp ni??....tp bg Akmar, utk menjadi seorg wanita yg perfect lbh2 lg bila di dpn suami, kita x perlu malu utk bertanya dan cuba cari jln bagaimana cara menyelesaikannya. PAYUDARA KENDUR?? Tau x apa punca terjadinya pengeduran pd bahagian ni? Jom kita sm2 bc kat bwh ni yea laling ^_^


Pada Usia tertentu, payudara seorang perempuan akan mengendur. Hal itu wajar kerana kelenjar susu mengecil, sehingga ada ruang kosong dalam kulit payudara. Kekenduran itu juga boleh diakibatkan perubahan tubuh yang drastik, sehingga lemak dalam payudara berkurang. Keadaan itu tidak mengecilkan kulit payudara.

Bra merupakan penyebab terbanyak yang membuat payudara tidak kelihatan cantik dan indah. Sayangnya, tidak banyak perempuan yang menyedarinya. Mereka tidak tahu memilih Bra yang terbaik untuk menyokong payudara.

Berikut beberapa faktor penyebab turun dan kendurnya payudara selain hal-hal tadi.

1. Melahirkan dan menyusui anak. Ukuran payudara semakin berkembang seiring dengan usia kehamilan. Membesarnya payudara membuat kelenjarnya bertambah. Akibatnya, tarikan ke bawah semakin kuat.

2. Terlalu besar . Mirip dengan kes ibu menyusui. Kelenjar payudara mempengaruhi tarikan graviti. Semakin besar massa, semakin besar juga daya gravitinya, apalagi kalau payudara selalu bergoncang, khususnya pada para atlet.

3. Tidak ada penyokong. Membiasakan diri tanpa Bra akan menyebabkan kendur, apalagi bila ukuran payudara tergolong besar.

4. Kebiasaan buruk. Tidur mengiring boleh membuat payudara kendur. Ini boleh dijelaskan dengan teori graviti bumi. Pada tidur mengiring, payudara tidak ada yang menyokong sama sekali kecuali oleh Bra. Berbeza dengan tidur terlentang kerana payudara disokong oleh tubuh.

5. Penyakit. Penyakit seperti TBC (tuberkulosis) atau kanser boleh mengakibatkan payudara menjadi kecil, kendur, atau turun. Ini kerana virus dan sel ganas yang merosak organ tubuh.

6. Kurang gizi. Walaupun mengambil makanan bergizi lebih berguna untuk mengencangkan kulit, faktor ini sangat penting. Penyakit seperti TBC atau kanser boleh muncul akibat kurang gizi. Makanan seperti kubis, kacang , tempe, susu , dan bawang putih sangat bagus untuk mencegah kanser payudara.

7. Perlakuan kasar. Setiap inci dari tubuh kita harus diperlakukan secara halus, apalagi payudara. Perlakuan kasar seperti meramas-ramas terlalu kuat, sangat menentukan keindahan payudara. Juga bila kita menggunakan Bra yang membuat payudara tertekan, tersepit, dan lain-lain.

8. Kesalahan memakai Bra. Bra terlalu kecil, terlalu ketat, atau dibuat dengan bahan tidak bagus, boleh menyebabkan payudara tidak sihat. Akibatnya, payudara menjadi kendur dan turun.

Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

 

RIDHANI COLLECTIONS Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting